| 1 |
Jelajah TVET Bersama Pelajar Asrama YAKIN di Centexs Lundu |
Program Jelajah TVET Bersama Pelajar Asrama YAKIN yang melibatkan pelajar Tingkatan 4 dan 5 telah diadakan pada 20 Ogos 2026 di CENTEXS Lundu. Program ini merupakan satu inisiatif untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai bidang Pendidikan TVET. Sepanjang program, para pelajar berpeluang mengenali dengan lebih dekat tentang kemudahan, persekitaran pembelajaran serta bidang kemahiran yang ditawarkan di CENTEXS Lundu. Pendedahan ini memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka minat, mengenal pasti potensi diri serta mendapatkan gambaran awal mengenai laluan pendidikan dan peluang kerjaya dalam bidang TVET. |
20-08-2026 |
6 |
Lihat
|
| 2 |
Program Penjanaan Ekonomi : Peralatan Usahawan Belia di Kampung Sinaran Jaya |
Program Penjanaan Ekonomi: Peralatan Usahawan Belia di Kampung Sinaran Jaya merupakan salah satu inisiatif Unit Sosioekonomi YAKIN dalam memperkasa golongan belia yang menceburi bidang keusahawanan. Penyaluran bantuan berbentuk peralatan ini memberi sokongan praktikal kepada penerima dalam melancarkan aktiviti perniagaan serta meningkatkan keupayaan mereka mengurus dan mengembangkan usaha yang dijalankan. Inisiatif ini turut menjadi salah satu usaha dalam menyokong potensi ekonomi belia dan menggalakkan penjanaan sumber pendapatan secara berterusan. |
11-08-2026 |
1 |
Lihat
|
| 3 |
Program Penjanaan Ekonomi : Peralatan Usahawan Ibu Tunggal di Kampung Temenggong |
Program Penjanaan Ekonomi: Peralatan Usahawan Ibu Tunggal di Kampung Temenggong merupakan salah satu inisiatif Unit Sosioekonomi YAKIN dalam memperkasa golongan ibu tunggal melalui sokongan terhadap aktiviti keusahawanan. Penyerahan peralatan perniagaan ini bertujuan membantu penerima mengembangkan aktiviti yang dijalankan, memudahkan urusan operasi serta meningkatkan keupayaan dalam menjana pendapatan secara berterusan. |
10-08-2026 |
1 |
Lihat
|
| 4 |
Jelajah TVET Bersama Pelajar Asrama YAKIN ke CIDB |
Program Jelajah TVET Bersama Pelajar Asrama YAKIN ke Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) melibatkan seramai 17 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5. Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bidang pendidikan dan latihan kemahiran dalam industri pembinaan melalui lawatan ke bengkel dan bilik kuliah. Pelajar turut berpeluang melihat sendiri suasana pembelajaran serta mengenali peluang dan prospek kerjaya dalam bidang TVET. |
07-08-2026 |
6 |
Lihat
|
| 5 |
Program Teknik Belajar Berkesan di Sk Tuanku Bagus , Sebuyau |
Program Teknik Belajar Berkesan di SK Tuanku Bagus, Sebuyau merupakan program kerjasama antara Unit Kaunseling dan Unit Sosioekonomi YAKIN yang melibatkan pelajar Tahun 6. Program ini memberi pendedahan kepada pelajar mengenai teknik dan strategi pembelajaran yang berkesan, di samping meningkatkan motivasi serta keyakinan diri dalam menghadapi pembelajaran. |
04-08-2026 |
4 |
Lihat
|
| 6 |
Jelajah TVET Bersama Pelajar Asrama YAKIN ke Institut Kemahiran Mara Kuching |
Program Jelajah TVET Bersama Pelajar Asrama YAKIN ke Institut Kemahiran MARA Kuching telah dilaksanakan sebagai satu inisiatif untuk memberi pendedahan kepada 17 orang pelajar Asrama YAKIN Tingkatan 4 dan 5 mengenai peluang pendidikan serta laluan kerjaya berasaskan TVET. Program ini memberi peluang kepada pelajar mengenali persekitaran institusi, bidang kemahiran dan peluang melanjutkan pengajian dalam bidang TVET. |
31-07-2026 |
4 |
Lihat
|
| 7 |
Program Pertandingan Bercerita Kanak-Kanak |
Program ini menghimpunkan peserta berumur 10 hingga 12 tahun dalam pertandingan yang bertujuan menggalakkan budaya membaca dan mengembangkan bakat bercerita. Disamping itu, program ini turut menyediakan platform kepada peserta untuk mengembangkan kemahiran komunikasi, penyampaian cerita yang kreatif dan penyampaian cerita di hadapan khalayak ramai. Selain menjadi platform mencungkil bakat, program ini berjaya meningkatkan keyakinan diri dan menggalakkan pembelajaran berasaskan nilai serta penyampaian yang berkesan. |
25-07-2026 |
6 |
Lihat
|
| 8 |
Program Remaja Sarawak Sejiwa Kenyalang |
"Program Remaja Sarawak Sejiwa Kenyalang" telah dilaksanakan bersempena sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai 2026. Seramai 43 orang pelajar asrama YAKIN telah menyertai program ini sebagai usaha untuk menyemai semangat perpaduan dan cintakan Sarawak, di samping memperkukuhkan nilai kerjasama dan pembentukan sahsiah diri. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti penciptaan slogan dan logo bertemakan Sarawak, menyusun puzzle, kuiz berkaitan sejarah Sarawak, Action and Guess serta Build the Tallest Tower yang menerapkan elemen kreativiti, komunikasi dan kerja berpasukan. |
22-07-2026 |
6 |
Lihat
|
| 9 |
Program Kemasyarakatan dan Kebajikan (Infaq Beras) di Kampung Sejingkat |
Program Kemasyarakatan dan Kebajikan (Infaq Beras) telah dilaksanakan oleh Unit Sosioekonomi YAKIN pada 20 Julai 2026 di Kampung Sejingkat dengan melibatkan seramai 10 orang klien terdiri daripada ibu tunggal dan 5 orang kakitangan YAKIN. Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pegawai Sosioekonomi sebelum diteruskan dengan sesi pengagihan sumbangan kepada para penerima sebagai sokongan dalam memenuhi keperluan harian dan mengurangkan beban perbelanjaan klien. Pelaksanaan program ini menggambarkan keprihatinan Unit Sosioekonomi YAKIN dalam menyantuni golongan yang memerlukan serta memperkukuh usaha kebajikan dalam komuniti setempat. |
20-07-2026 |
3 |
Lihat
|
| 10 |
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Promosi TVET |
Ulungkalinya Promosi TVET YAKIN dilaksanakan secara kerjasama bersama Yayasan Sarawak dan Pejabat Pendidikan Daerah Kuching, sekali gus melaksanakan Karnival Kerjaya peringkat Kuching. |
08-07-2026 |
1 |
Lihat
|
| 11 |
Perhimpunan Kakitangan dan Pelajar YAKIN |
Perhimpunan Kakitangan dan Pelajar YAKIN telah berlangsung di Dewan Jamilah, Yayasan Sarawak yang bermula 2.30 petang. Semasa perhimpunan berkenaan, Jolly Marikan (Pengurus, YAKIN) telah menyampaikan amanat kepada semua yang hadir untuk mengekalkan keharmonian sekali gus menghindari nilai-nilai yang boleh mencemarkan reputasi YAKIN sebagai sebuah NGO membasmi kemiskinan. Turut berlangsung, acara senam tari yang melibatkan kakitangan dan pelajar YAKIN. |
03-07-2026 |
3 |
Lihat
|
| 12 |
Sumbangan Beras YAKIN |
Seramai 10 orang ibu tunggal dan orang tua sebatang kara telah menerima sumbangan beras 10kg dari Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) di sekitar Kampung Santubong. |
15-06-2026 |
1 |
Lihat
|
| 13 |
Bengkel Usahawan Desa |
Bengkel Usahawan Desa dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah berlangsung selama 4 hari yang bermula 9 Jun 2026 dan bertempat di Dewan Jamilah, Yayasan Sarawak telah mendapat sambutan daripada 70 orang usahawan yang terdiri daripada ibu tunggal di sekitar Kuching. Antara pengisisannya adalah menyediakan pemerkasaan usahawan wanita menerusi pembangunan ilmu perniagaan serta strategik pengurusan produk atau perkhidmatan. |
12-06-2026 |
1 |
Lihat
|
| 14 |
Bengkel Usahawan Kreatif |
Tema Usahawan Kreatif, Alam Lestari dengan kerjasama Pusat Latihan Epal dan Persatuan Prihatin Belia yang berlangsung di Bilik Mawar, Kompleks Asrama Yayasan Sarawak. |
26-05-2026 |
2 |
Lihat
|
| 15 |
Program Kemasyarakatan & Kebajikan, YAKIN |
Antara penerima sumbangan beras dan keperluan asas bagi bulan Mei 2026 di Kampung Semariang. |
26-05-2026 |
2 |
Lihat
|
| 16 |
Mesyuarat Ahli-ahli Lembaga Amanah YAKIN ke-54 |
Kenang-kenanganan.. Ahli-ahli Lembaga Amanah YAKIN bergambar bersama kakitangan YAKIN pada 20 Mei 2026 |
20-05-2026 |
1 |
Lihat
|
| 17 |
Kem Bina Insan Pelajar Asrama YAKIN |
Seramai 45 pelajar menghadiri Kem Bina Insan Pelajar Asrama YAKIN pada 15 hingga 17 Mei 2026 bagi meningkatkan motivasi dan sahsiah diri. |
17-05-2026 |
1 |
Lihat
|
| 18 |
Bengkel Usahawan Belia |
Unit Sosioekonomi & Aset, YAKIN telah menganjurkan Bengkel Usahawan Belia di Bilik Mawar, Kompleks Asrama Yayasan Sarawak untuk memberi pendedahan, sekali gus minat golongan belia untuk menceburi diri dalam bidang berkenaan. |
11-05-2026 |
1 |
Lihat
|
| 19 |
Perlawanan Bola Sepak 4 Penjuru |
Unit Pendidikan, YAKIN telah menganjur Perlawanan Bola Sepak 4 Penjuru yang berlangsung di Padang Bola Sepak, Yayasan Sarawak. |
02-05-2026 |
1 |
Lihat
|
| 20 |
Kunjungan Hormat ke STB |
Melaksanakan Program Sosial bersama agensi terlibat |
30-04-2026 |
1 |
Lihat
|
| 21 |
Kunjungan Hormat ke Adtec JTK Samarahan |
Kunjungan bagi membincangkan Pembangunan Kemahiran: Promosi TVET |
30-04-2026 |
1 |
Lihat
|
| 22 |
Kunjungan Hormat ke Sarawak Skills |
Kunjungan bagi membincangkan Program Pendidikan khususnya yang berlandaskan TVET selain Program Komuniti Sosiolekonomi seperti Hidroponik. |
01-04-2026 |
1 |
Lihat
|
| 23 |
Kunjungan Hormat |
Kunjungan Hormat ke JKM untuk kerjasama Program Sosioekonomi dan bantuan kepada pelajar Asrama YAKIN dan keluarga mereka. |
17-03-2026 |
1 |
Lihat
|
| 24 |
Program Bazar Raya NADI |
Unit Sosioekonomi telah memasarkan produk Klien USEY selain membuka kaunter penerangan tentang YAKIN kepada pengunjung |
14-03-2026 |
1 |
Lihat
|
| 25 |
Projek Bubuk Lambok YAKIN |
YAKIN mengadakan kerjasama dengan LAKMNS untuk program ini, selain pihak Kelab K3T di Shell (ZKZ Property Sdn Bhd) pada 13 Mac 2026. |
05-03-2026 |
3 |
Lihat
|
| 26 |
Projek Infaq Pakaian Raya |
Sekurang-kurangnya 600 helai pakaian telah disumbangkan oleh orang awam untuk menjayakan program sumbangan ini. Sebagai rekod, melebihi 300 helai telah diberikan kepada penerima secara percuma. |
03-03-2026 |
3 |
Lihat
|
| 27 |
Projek Infaq Beras |
Antara penerima |
02-03-2026 |
6 |
Lihat
|
| 28 |
Kunjungan Ke Kampung |
Kerjasama bersama Ketua Kaum untuk mendapatkan data selain melancarkan urusan kunjungan ke rumah klien. |
25-02-2026 |
2 |
Lihat
|
| 29 |
Projek Infaq Juadah Berbuka/ Moreh Pelajar Asrama YAKIN |
|
20-02-2026 |
1 |
Lihat
|
| 30 |
Kursus Asas Adobe Photoshop |
Lokasi GiatMARA Stampin |
12-11-2025 |
4 |
Lihat
|
| 31 |
Kursus Sistem MyOB |
|
11-11-2025 |
2 |
Lihat
|
| 32 |
Program Pencegahan Influenza |
YAKIN telah mengagihkan Vitamin C dan pemberian Vaksin Influenza kepada Pelajar Asrama YAKIN dan Kakitangannya sebagai langkah berjaga-jaga dengan virus influenza yang membimbangkan. |
07-11-2025 |
7 |
Lihat
|
| 33 |
Program Motivasi Pelajar SPM 2025 |
YAKIN menganjur program motivasi yang bertemakan "Gear Up SPM" telah diadakan pada 1 -2 November 2025 di Pusat Tuisyen Mutiara Suria, Sukma kepada 15 orang pelajar Asrama YAKIN yang bakal menduduki SPM 2025. |
02-11-2025 |
3 |
Lihat
|
| 34 |
Program Pelupusan Aset YAKIN 2025 |
Kerja-kerja Pelupusan Aset Rosak |
01-11-2025 |
5 |
Lihat
|
| 35 |
Solat Hajat SPM 2025 |
Antara yang hadir |
30-10-2025 |
2 |
Lihat
|
| 36 |
Jejak Alumni Asrama YAKIN |
Maliah sedang mewawancara Dr. Haznul Hafizzi Abd Hadi |
25-10-2025 |
1 |
Lihat
|
| 37 |
Program Motivasi Bersama Alumni YAKIN |
|
25-10-2025 |
3 |
Lihat
|
| 38 |
Latihan Asas Pertolongan Cemas untuk Pelajar Asrama YAKIN |
61 Pelajar menyertai Latihan Asas Pertolongan Cemas untuk Pelajar Asrama YAKIN daripada Angkatan Pertahanan Awam |
18-10-2025 |
6 |
Lihat
|
| 39 |
Sambutan Hari Lahir Pelajar Asrama YAKIN (Jun hingga Disember) |
Antara acara |
17-10-2025 |
9 |
Lihat
|
| 40 |
Sambutan Hari Lahir Pelajar Asrama YAKIN (Jun hingga Disember) |
Persiapan majlis |
17-10-2025 |
4 |
Lihat
|
| 41 |
Kolaborasi YAKIN bersama PPD Simunjan |
Mesyuarat bersama PPD Simunjan untuk pelaksanaan Program Jom Berambih ke Asrama YAKIN pada 17 November 2025 sempena Promosi Asrama YAKIN. |
08-10-2025 |
2 |
Lihat
|
| 42 |
Program Senam YAKIN 2025 |
Tema "Kakitangan YAKIN Ceria dan Sihat" |
20-09-2025 |
4 |
Lihat
|
| 43 |
Majlis Makan Malam YAKIN 2025 |
Cabutan Bertuah |
19-09-2025 |
15 |
Lihat
|
| 44 |
Majlis Makan Malam YAKIN 2025 |
Jamuan |
19-09-2025 |
6 |
Lihat
|
| 45 |
TAKLIMAT SKT |
Jolly Marikan.. menyampaikan Taklimat Penggunaan Borang SKT baru kepada 14 kakitangan YAKIN di Palm Beach Resort. |
19-09-2025 |
2 |
Lihat
|
| 46 |
Bengkel Pengurusan Masa |
Jolly Marikan (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Penceramah. |
12-09-2025 |
1 |
Lihat
|
| 47 |
YAKIN Football Fun |
YAKIN Football Fun menang tipis dengan 2-0 semasa Perlawanan Persahabatan bersama Team PERYATIM. |
23-08-2025 |
1 |
Lihat
|
| 48 |
YAKIN Football Fun |
YAKIN FC menewaskan Team YIIS dengan jaringan 7 jaringan semasa Perlawanan Bola Persahabatan. |
19-07-2025 |
1 |
Lihat
|