Program Remaja Sarawak Sejiwa Kenyalang
"Program Remaja Sarawak Sejiwa Kenyalang" telah dilaksanakan bersempena sambutan Hari Sarawak pada 22 Julai 2026. Seramai 43 orang pelajar asrama YAKIN telah menyertai program ini sebagai usaha untuk menyemai semangat perpaduan dan cintakan Sarawak, di samping memperkukuhkan nilai kerjasama dan pembentukan sahsiah diri. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti penciptaan slogan dan logo bertemakan Sarawak, menyusun puzzle, kuiz berkaitan sejarah Sarawak, Action and Guess serta Build the Tallest Tower yang menerapkan elemen kreativiti, komunikasi dan kerja berpasukan.Tarikh Album: 22-07-2026
