Program Kemasyarakatan dan Kebajikan (Infaq Beras) di Kampung Sejingkat
Program Kemasyarakatan dan Kebajikan (Infaq Beras) telah dilaksanakan oleh Unit Sosioekonomi YAKIN pada 20 Julai 2026 di Kampung Sejingkat dengan melibatkan seramai 10 orang klien terdiri daripada ibu tunggal dan 5 orang kakitangan YAKIN. Program dimulakan dengan taklimat ringkas oleh Pegawai Sosioekonomi sebelum diteruskan dengan sesi pengagihan sumbangan kepada para penerima sebagai sokongan dalam memenuhi keperluan harian dan mengurangkan beban perbelanjaan klien. Pelaksanaan program ini menggambarkan keprihatinan Unit Sosioekonomi YAKIN dalam menyantuni golongan yang memerlukan serta memperkukuh usaha kebajikan dalam komuniti setempat.Tarikh Album: 20-07-2026
