Program Penjanaan Ekonomi : Peralatan Usahawan Belia di Kampung Sinaran Jaya
Program Penjanaan Ekonomi: Peralatan Usahawan Belia di Kampung Sinaran Jaya merupakan salah satu inisiatif Unit Sosioekonomi YAKIN dalam memperkasa golongan belia yang menceburi bidang keusahawanan. Penyaluran bantuan berbentuk peralatan ini memberi sokongan praktikal kepada penerima dalam melancarkan aktiviti perniagaan serta meningkatkan keupayaan mereka mengurus dan mengembangkan usaha yang dijalankan. Inisiatif ini turut menjadi salah satu usaha dalam menyokong potensi ekonomi belia dan menggalakkan penjanaan sumber pendapatan secara berterusan.Tarikh Album: 11-08-2026
