Jelajah TVET Bersama Pelajar Asrama YAKIN di Centexs Lundu

Program Jelajah TVET Bersama Pelajar Asrama YAKIN yang melibatkan pelajar Tingkatan 4 dan 5 telah diadakan pada 20 Ogos 2026 di CENTEXS Lundu. Program ini merupakan satu inisiatif untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai bidang Pendidikan TVET. Sepanjang program, para pelajar berpeluang mengenali dengan lebih dekat tentang kemudahan, persekitaran pembelajaran serta bidang kemahiran yang ditawarkan di CENTEXS Lundu. Pendedahan ini memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka minat, mengenal pasti potensi diri serta mendapatkan gambaran awal mengenai laluan pendidikan dan peluang kerjaya dalam bidang TVET.

Tarikh Album: 20-08-2026